Dalam banyak riwayat yang muktabar, rasul dan para sahabat immah yang suci, berpesan kepada para pengikutnya untuk mengenang musibah al-Husain dengan tangisan dan airmata. Terdapat beberapa riwayat:
- Rasulullah s.a.w bersabda: wahai Fatimah! Semua mata akan menangis pada hari kiamat, kecuali mata yang pernah menangis atas musibah al-Husain. Sungguh mata itu akan tersenyum gembira di hari kiamat dan medapat nikmat syurga.
- Imam Jaafar Shadiq a.s berkata tidak seorang pun membaca puisi untuk al-Husain, lalu dia menangis dan membuat yang mendengarnya menangis, kecuali Allah akan menetapkan baginya syurga dan mengampuni dosa-dosanya (besarnya pahala seperti ini dapat dipastikan sebagai pengaruh tangisan dan airmata itu dalam penyucin jiwa pelakuannya).
- Imam Ali bin Husain as-Sajjad a.s berkata setiap mukmin yang mengalirkan airmata kerana terbunuhnya Husain dan orang-orang yang menyertainya sehingga airmata membasahi kedua pipinya, maka Allah akan menyediakan bilik-bilik baginya di syurga.
- Imam Ridha a.s berkata sesiapa yang menjadikan Asyura (hari kesepuluh ddalam bulan Muharram) sebagai musibah, sedih dan tangisnya maka Allah akan menjadikannya hari kiamat sebagai hari suka dan senangnya.
- Imam Husain a.s berkata sesiapa yang menangis atas (musibah-musibah) kami, meskipun hanya setitis, Allah akan menempatkannya di syurga.
- Imam Jaafar Shadiq a.s berkata Ali bin Husain (Zainal Abidin) a.s menangis selama dua puluh tahaun (untuk al-Husain) dan tidak pernah dibawakan makanan untuknya kecuali ia menangis.
- Imam Jaafar Shadiq a.s berkata kepada Masma(salah seorang yang bersedih dan menangis ketika mengenang al-Husain a.s.) Mudah-mudahan Allah merahmatimu! Engkau telah menitiskan airmata, sesungguhnya engkau telah ditulis sebagai Ahlul Jaza bagi kami, iaitu orang-orang yang gembira atas kegembiraan kami dan bersedih atas kesedihan kami. Engkau pasti aka menerima kunjungan ayah-ayah kami ketika kematianmu tiba.![]()
- Imam Jaafar Shadiq a.s berkata setiap teriakan dan tangisan itu makruh hukumnya, kecuali teriakan dan tangisan untuk al-Husain.
- Imam Ridha a.s. berkata orang-orang yang menangis hendaklah menangis untuk peristiwa yang dialami al-Husain, kerana tangisan ke atasnya akan meruntuhkan dosa-dosa besar.
- Imam Baqir a.s. berkata suatu hari Imam Ali a.s. melalui tanah Karbala bersama dua orang sahabatnya. Ketika melaluinya, kedua mata Ali digenangi oleh airmata, kemudian berkata: Di sinilah tunggangan-tunggangan mereka terhenti, beban dan bekal perjalanan mereka akan diturunkan, dan di sini pula darah meraka akan dialirkan. Beruntunglah engkau wahai tanah! Darah para keksih Allah akan ditumpahkan atasmu.
NN berkata,
Juni 4, 2008 pada 7:31 pm
bvfhlkda